Wednesday, 11 May 2011

Mencari Jawapan

Ku renungi , ku hayati kata-kata itu
ku mahu fahami apa maksudnya
tidakku mengerti apa masalahnya,
bahasa yang senang disusahkannya

Fahamilah...
larangan tetap larangan
suruhan tetap suruhan
Alangkah indahnya,
apa yang disuruh diikuti
apa yang dilarang ditinggalkan

Hargai diri dengan tidak ternilai
di mana perginya syariat
hilang segala maruah diri
nama dikejari kepentingan diri

Renungilah...Muslimatku... Puteriku.
Apabila ada kematian diperlukan ia
Apabila majlis ilmu diperlukan ia
lebih-lebih lagi mengadap Ilahi
amat-amat memerlukannya

Hayatilah...
Ketika terbujur kaku
seluruh tubuh hinggalah kepala,
sangat memerlukannya
dimana lagi mahu dihitung

semuanya memerlukannya.
tapi... hati keras hati batu
tetap tidak mahu menerimanya
sedangkan hukum tetap hukum
tutup tetap tutup

kurenung lagi
apakah syariat  yang indah   ini
menjadikan kaum sejenisku
mempermain-mainkannya
sayu hati ini.... Syariat ini dipermain-mainkan

tutup tidak seperti tutup
yang cantik elok didedahkan
yang manis indah dicomotkan
menjadi cacat ...tidak sempurna.

ku cari lagi jawapannya...
tidak ku temui...
apa masalahnya
yang senang jadi susah
ikut saja hukum syariat

Ayu mata memandang
sopan gerak laku indah bahasa
menjadi ukuran
tutup kepala,
muka dan tangan dizahirkan

itulah jawapan yang  ku cari ...
namun hati ini berkata-kata
mengapa disaat kematian baru ditutup
mengapa disaat majlis ilmu baru ditutup
menghadap Ilahi  sudah tentu menjadi kewajiban

carilah jawapannnya...
tidak perlu ego
tidak perlu angkuh
tidak perlu riyak
tidak perlu sombong,

Akhirnya kau bernama wanita, ibu . puteri
disaat itu sangat memerlukannya
tidak usah membelakangkannya
hukum tetap hukum

 kalau begitu ,,,, 
buat apa kau perlukannya
ditika waktu majlis agama
sedangkan waktu biasa kau bukakanya

Buat apa kau perlukannya waktu kematian
ditika waktu biasa
kau membiarkan mata  ajnabi meratap seluruhnya
dimana maruahmu ...

haram tetap haram
haram tidak akan menjadi halal
apakah itu susah difahami...
Al-quran telah nyata dan jelas

mengapa hati kaum sejenisku
susah memahami menghayati
mengikuti apa yang termaktub
ingatlah... balasan menanti disana..
.
jangan mempermainkan
mempersendakan hukum Allah
janji Allah itu benar...
hayatilah.. renungilah

mengapa kita memerlukannya...
jawapan tentu ada
setiap persoalan ada jawapannya
renung-renungkanlah.

No comments:

Post a Comment