Wednesday, 4 May 2011

Damainya Hati ini mengingatiMu

Ujian yang dilalui tidak terasa pahitnya apabila dihadapi dengan ketabahan... kegembiraan yang dikecapi hanyalah sebagai pinjaman dariMu ya Rabbi... disaatku diuji dengan ujian yang sangat hebat kurasakan ... namun rahmatMu dengan kasih sayangMu Kau berikan padakui dengan berbentuk ujian.... Ku pasrah dan ku berserah padaMu... apabila menyebut namaMu... hatiku jiwaku bergetar .... rasa kehambaan yang terlalu kerdil ...hatiku menangis ...sayu... yang teramat apabila namaMu terpahat dihatiku ini... tidak siapa tahu kecuali Mu lah yang Maha Mengetahui segala-galanya... Ku menangis semahu-mahunya teramat rindu padaMu... Apakah diri ini layak untuk dirindui... Ya Allah kurniakanlah dalam diriku, jiwaku, hatiku sentiasa mengingatiMu janganlah Kau lalaikan diri ini Ya Allah... ku merayu padaMu....
      Hidupku ini kurasakan amat singkat untuk dihitung dengan mengecapi kebahagiaan yang dicari ... bahagia itu bukan pada harta yang dimiliki, bukan pada anak-anak, bukan pada keluarga, bukan pada kerjaya, bukan pada kedudukan ,.. namun bahagia itu terletak pada hati, ikhlas redha ,...tenang apabila menyebut namaNya.. terus hati ini bergetar... ingat padaNya ... takut padaNya... rindu padaNya ...Kau asuhkan diriku ini dengan ujian ... Kau berikan aku kenikmatan dengan ujian Kau ambilkan kembali kesenanganku dengan ujian, Kau berikan kebahagiaan padaku hanyalah untuk pinjaman ... ku diuji lagi dan lagi... tapi hatiku berkata-kata ku layak diuji oleh Mu ya Allah. Disaatku diuji .... ku hiburkan hati ini dengan menghayati kisah teladan Nabi Ayub a.s.. dimana isterinya yang sangat tabah dengan ujian ...disini  siapa lah aku ..muhasabah diri ini...aku nekad ... aku redha...ku berjanji pada diri ku .. ku akan jaganya samapi akhir hayatku... Allah Maha Mengetahui... isi hatiku... betapa diri ini amat-amat memerlukanNya.. disaatku susah, derita sedih, gembira Kaulah tempatku merayu , merintih mengadu, tempatku luahkan segala-galanya... hatiku puas ku menangis semahu-mahunya... biarlah setiap insan tidak mengetahuinya  rintihan hati kecilku menangis.... Aku tidak malu menagis padaNya ,.. sebabNya Dialah yang Maha Memahami setiap rayuan rintihan hambaNya yang hina ini ..Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ..
               Masih terbayang lagi di fikiran ini seperti baru semalam di lalui... ingatan ini sampai akhirnya tidak akan terpadam... Insan yang mengalami ujian seperti  ini akan memahami "ibarat mata memandang berat lagi bahu memikul".Kehilangan orang yang disayangi   dipisahkan disebabkan Allah lebih menyanyanginya tidak sama dengan perpisahan sesama sendiri di dunia ini. Tiba-tiba sahaja ingatan ini datang mencengkam diri ini,  hati ini menjadi sayu... terbayang satu persatu , dikala tangan ini menyuap makanan ke mulutnya, dikala tangan ini mengusap air ke badannya, dikala mata ini bersengkang menjaganya ... disaat hati ini merintih dengan doa yang tidak putus-putus merayu ... padaMu   ringankan kesakitannya Ya Allah.... Ku tak terdaya melihatnya ... tapi ku mohon padaMu tetaplah kesetiaanku ini menjaganya hingga ke akhirnya,,.. dikala tangan ini mengambil wudhu' untuknya tidak putus-putus doaku ...panjatkan padaMu ..lihatlah hambaMu ini .... ringankanlah, kurangkanlah sakitnya... dikala tangan ini menyucikan najisnya tanpa jemunya... teringatku pada kata-katanya  "maafkan abang dik tak sempat nak mengensut kaki sakit",, ku hanya tersenyum.dengan jawapan " tak apa bang inikan tanggungjawab dik"..kulihat airmatanya bergenang .kuhiburkan hatinya dengan kata-kata "abang jangan bimbang isteri abang ni kan kuat jaga abang sampai akhir hayat tau".Aku tak akan mengeluh ku tahu bukan senang nak dapat pahala disisi Allah..Ku kenalah bersabar, bersabar, bersabar... sehinggalah sabar itu menjadi indah, tenang , manis . Orang yang bersabar menghadapi ujian sahaja akan tahu nikmat sabar...
          Sekarang kenangan manis itu tetap tersimpan kemas dimemori ku ini , teringat waktu bersama-sama denganya... sentiasa solat berjamaah ,, lepas maghrib baca Quran sama-sama, saling bermaafan ketika menyedari kesalahan masing-masing ... tapi hanya seketika sahaja Allah pinjamkan kemanisan itu ... Allah takdirkan  padaku pasangan yang mengidap penyakit sebagai ujian untukku, kuredha... atas ketentuanNya. Allah jodohkan ku itu adalah terbaik bagi ku... walaupun ada kelemahan tapi disebaliknya ada kelebihan... dimana kekuatan agama menjadi tunjang itulah kebahagiaannya.. walaupun selama lima tahun ku menjaganya, ketika sakit .. kuingat selama lima tahun jugalah dia sebagai seorang suami ketika sihat menjagaku dengan baik sekali.. amal syariat dijaganya.. sebaik mungkin hatta bab berpakaian, pergaulan,pertuturan amat dijaga menepati syariat ..hati ini amat bersyukur sangat-sangat Allah pertemukan dengannya walaupun bukan berstatuskan gelaran "ustaz".
         Tapi kini kenangan tetap kenangan... kulihat wajah anak-anak..ingatanku mengimbas kembali disaatku diuji dengan kesusahan, putus bekalan makanan, pernah kehabisan wang , kehabisan beras, milo, gula , tapi Allah tidak akan membiarkan hambaNya berada dalam kesedihan.. ku yakin Allah bersama-sama orang yang sabar , tidak bersangka buruk , Allah sayang pada hambaNya ini ..ku yakin Allah Maha Menolong mendengar rintihan hambanya ini.. memang betul apa yang kita yakin mengharap pertolongan Allah semata-mata ... akan datang pertolongan Allah tanpa disangka-sangka Sehingga hati ini tidak ada sedikit pun rasa risau gundah, tenang sahaja hati ini sebab ku yakin Allah tidak akan membiarkan hambaNya ini  berduka sengsara, kumasih ingat lagi ada hamba Allah datang ke rumah mengetup pintu pada waktu malam jam 10.lebih waktu itu mata ini dah tak larat sangat dengan fikiran teringat dekat tugasan yang tidak selesai mencari bahan-bahan rujukan kurikulum dan tengok anak-anak serta suami dengan memikirkan pagi besok tinggal rm 5 sahaja dicampur tolak semua bayaran itu sahaja yang tersisa..dengan kehabisan barang-barang dapur tiba-tiba terdengar sayup suara memanggil "ustzh.berkali- berkali dengan ketukan dipintu , rupa-rupanya   ada hamba Allah datang dengan menyuarakan 'Suami ustzh kan sakit ni ada duit  orang infakkan kat ustz.". tiba-tiba sahaja hati ini menjadi sayu, sebak ya Allah engkau amat menyanyangi hambaMu ini.. Kau hantarkan rezeki tanpa disangka-sangka disaat hambaMu kesusahan Engkau permudahkan .. saat itulah diri ini tidak pernah gundah gulana dan resah apabila diuji dengan berbagai ujian namun hati ini tetap yakin pertolongan Allah itu ada bersama-sama orang yang sabar yang penting jangan cepat berputus asa, kecewa, tenang sahaja menghadapinya..   

3 comments:

  1. tabahnya k.da kan..moga Allah membalasnya..Allah sahaja yang mengetahui apa yang telah direncanaknNya..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih maya... moga dengan ketabahan itulah menjadi bekalan untuk k.da meneruskan kehidupan bersama anak2. masih ingat x lagi maya bersama 2 orang rakan (FATIHAH & NIK AMNI) buat pertama kalinya mmbantu k.da pd tahun 2006 . dtg umah k.da menghantar barang2 keperluan .... k.da trharu sangat2 ..Allah kurniakan sahabat yg memahami..Allah shjlah yg dpt membalas jasa baik maya selama ini.yg mampu k.da ucapkan syukur pd Allah jazakillah khairan kathiran.

    ReplyDelete
  3. sam2 k.da...maya ingat lagi kenangan tu..moga Allah ,endengar doa k.da untuk maya..

    ReplyDelete