Sunday, 9 October 2011

Kesedaran dihati ini

Ku renungi baldi biru itu
kosong sahaja
peluhku belum kering
masih terasa bahan teriknya mentari
gerutus hatiku...

mana perginya ehsan diri
tangan ku capai tali
terlompat lompat tarik timba dalam perigi
jadi lagi, semalam begini, hari ini  sama lagi
sayu hati ini

Angkara apa ini
hilai tawa singgah ditelinga ini
ku sabarkan diri
bimbit baldi sambil terjungkit jungkit
sabar, sabar, sabar

rupanya kunci airku dipusing pusing
mataku mula digenangi air
sanggup diperlaku sebegini
inikah nama jiran saudara sedarah daging
ku lapkan air hening dihujung kain

senyum sinis menengok ku bongkokkan badan
tangan memulas kekunci air
hati berdoa... Ya Allah tunjukilah hidayahMu padanya yaALLAH
kain biruku baju putihku terkena karat
ku tahu siapa diri ini tidak beribu

Adik-adik melompat girang
Air terpancut terkena badan
melompat riang menerima air
nikmatnya tidak terkira bebesen besen kain menunggu
jariku halus menyental satu persatu

runtingku bermula lagi
selesai babak satu babak kedua menyusul
seperti ibu menyuapkan ke satu mulut ke satu mulut
jerit perih sudah menjadi biasa
besok menunggu episod baru...


(kenangan dulu-dulu terpahat di hati ini)

No comments:

Post a Comment