Ku terkedu, apabila mendengar luahan seorang yang dikira alim dalam bidang agama.Ku selami kata-katanya yang amat menghiris dan tajam sekali sehingga sedikit sebanyak menganggu situasi ketenangan yang baru ku kumpulkan untuk mengharungi peperiksaan ... "kalau beginilah sikap guru-guru ..saya tak akan reda dn tak akan bergurukan anak-anak saya pada guru seperti ini..." . kata kata ini amat menghiris jantungku walaupun kesalahan tidakku lakukan .Disebabkan ada beberapa guru yg bergelar ustazah memakai tudung jarang dan singkat. Beginikah caranya sebagai Dai untuk menyampaikan apa yang sepatutnya disampaikan. Aku terkebil-kebil biji mata ku tenung diriku .. alangkah kerdilnya diri ini .. kalau ya pun nak sampaikan kepada yang melakukan kesalahan . bukan nya sesuai pada masa saat pelajar nak masuk dewan peperiksaan. yang pastinya ku yang pakai tudung labuh pun terkena juga disebabkan lewat masuk dewan. Htiku berkata-kata ..."ya Allah diriku bukanlah apa seperti yang diucapkan itu .. ku mencurahkan ilmu bukanlah kerana mencari redha manusia tapi mencari reda Allah.
Sudah lapan belas tahun ku mencurahkan ilmu pada anak-anak didikku.. sedarkah orang yang memberi ucapan itu dihadapannya ada yang telah lama veteran katakan mahasistua ini sama lah juga ...perjuangan amal makruf nahi mungkar... tapi diriku sendiri tak rela dan reda kalau anak didik melakukan diluar batasan syariat .. hati menjadi sayu , sedih dan pilu . apakah ilmu yang diajar , dicurahkan selama ini satupun tak tersangkut dan tak terlekat .. dimana perginya hijab.. dimana tuturkata yang sopan, dimana kelembutan bahasa.. semua hilang begitu sahaja.. ku sebagai pendidik , seperti mengasuh lagaknya tak akan keluar dari lidah ini perkataan kotor utk anak-anak didikku.. ku tahu bahawa ucapan itu sebagai doa.. ku tak cakap dan ucap sebab diriku sendiri akan panas apabila mendengar ucapan yang tak sepatutnya diucap sebagai seorang guru...ku renungi lagi...
Patutlah anak-anak didik sekarang bahasanya Ya Allah amat-amat kritikal penggunaannya... ucapannya tak sanggup nak dengar ... tapi masih ada yang sopan ... kuperhati satu persatu kalau yang sopan , tertib tingkahlakunya taklain tak bukan ianya datang dari keluarga yang harmoni, hidup aman sentosa. Mahabbah dalam keluarga sentiasa hidup..solat berjamaah, makan berjamaah , saling hormat menghormati...sejuk hati apabila terpandang wajah-wajah keluarga sebegini.Apabila ku nak didik anak muridku dengan akhlak yang baik. maka sebaiknya diriku dulu kudidik .. ku sentiasa ingatkan diriku tidak sesekali melontarkan kata-kata yang kasar pada mereka... ku mohon pada Mu YaAllah jagalah diri ini jauhilah sikap mazmumah ... sesungguhnya amanah yang diberikan padaku ini amat berat orang akan melihat dan ikut apa yang kita cakap dan apa yang kita buat...
laman ummi syuhaida
Wednesday, 20 November 2019
Sunday, 7 July 2013
REDA MENERIMA KETETAPANNYA
Saat air mataku mengalir di batu nisan orang tersayang, menghirup kesedihan, melahap kesakitan hati berserah "Ya Allah hamba-Mu ikhlas menerima ketetapan Mu ini."
Saturday, 16 March 2013
KETENANGANKU DISINI...
Ruti harianku dilalui dengan penuh semangat, walaupun tugasan demi tugasan kena siapkan... hari ini ku dikejutkan dengan kehadiran bekas muridku yang lama tak ketemu.. tiba-tiba je rasa sebak,
Kenangan 2007 mengimbau kembali...
"Ustazah nak minta tolong boleh tak?".. ku jawab boleh je... Insya Allah ... nak duit rm5.00 boleh tak? hah nak buat apa dengan duit tu... tanyaku... adaleh... ok bagitau betul-betul dengan ustazah kataku... ala... nak beli bahan projek untuk pendidikan seni.. oh ..jawabku...tunggu... tau... ku bergegas ke pejabat mengambil wang tersebut... dan menyerahkan padanya... dengan muka yang penuh ceria, peluh didahi , lencun bajunya ku tengok , kayuh basikal bukan main laju lagi....
Sedar tak sedar masa berlalu sekejap sahaja, pada suatu petang, selesai kelas sesi petang, ku dikejutkan dengan suatu suara, Assalamualaikum ustazah?... Waalaikumussalam ku menoleh Ei awak ... dah besar panjang rupanya .. jelita lagi ada... muridku tersipu malu... Em apa khabar? Alhamdulillah... sihat katanye sambil menghulurkan padaku sekeping not rm5. 00 . ku terkejut apa ni?.. Ala ustazah jangan lah buat-buat lupa ingat tak dulu-dulu masa saya darjah lima minta duit dengan ustazah? Ku tergelak besar sambil menyebut namanya... sayang anak muridku anakku sayang... em... tak perlu ganti... ustazah dah bagi.. ikhlas menolong... kan muridku anakku sayang ku ulang kataku itu... tanpa ku sedari muridku ... menyapu titisan jernih dipipinya.. lantas ku bertanya .. kenapa ni... Em jawabnya Allah sahajalah yang membalas budi baik ustazah selama ni... aku terharu mendengarnya...lantas ku peluknya... dan ku katakan padanya... "Tak bernilai wang ringgit berbanding dengan kasih sayang seorang guru untuk anak didiknya... ingatlah ...ustazah nak anak ustazah ni berjaya dunia akhirat je... tak nak minta apa-apa pun yang penting gembira anak didik ustazah gembiralah ustazah , berjaya anak didik ustazah berjayalah ustazah... dia mengangguk sambil menyapu kelopak mata yang digenangi titisan jernih... ku berdoa dalam hati... Ya Allah ya Tuhan ku, jadikanlah anak didik ku anak yang Solihah... berjaya di dunia Akhirat....

Tuesday, 13 December 2011
KU DIUJI LAGI
Ya Allah...
Aku tertipu lagi ya Allah,sedih sangat-sangat. Mengapakah ada yang sanggup memungkiri janji , janji dipermainkan,Ya Allah tidak tertanggung aku dibuatnya... Ya Allah adakah ini caranya diuji olehMu Ya Allah,
Ya Allah, alangkah indahnya janji setiap janji yang ku terima itu dikotakan... ya Allah ku percaya kata-kata mereka, ...walaupun kususah namun ku buat-buat mampu, ku yakin dengan janjiMu ya Allah lagi susah lagi kena menolong yang berada dalam kesusahan.
Ya Allah... ku percaya dengan kata-kata mereka... sanggup ku korbankan demi menolong... tetapi mereka, berjanji tinggal janji. Ku tunggu... ku tungu dan tunggu tidak kunjung tiba, sedangkan aku sangat-sangat memerlukannya... ku mahu dan mohon mereka mudah sebagaimana mudahnya ku menolong mereka ... sanggupku dan anak-anak hidup susah demi membantu .Kesusahan tolak tepi anaku cukup faham katanya kita kaya senyum, kaya hati,,, gembira selalu walaupun pahit, tenang jiwaku anakku memahaminya.
Ya Allah akhirnya gugur juga manik-manik menitis kelopak mataku ini rupanya tak tertahan juga perasaanku ini dikala sujud padaMu Allah, disaat keampunan ku pinta... ampunkan hambaMu ini ya Allah... Ampunkan dosa-dosaku ya Allah... Berat rasanya... tidak tertanggung diri ini...\Dari kecil hingga dewasa bersilih ganti ujian demi ujian dilalui.... ku kenal erti kesusahan... ketika remaja hidupku penuh liku dengan onak dan duri,
Ya Allah, ku diuji lagi... senyum dari dalam selepas kepahitan ditelan sepahit-pahitnya. ya Allah orang yang kukenali dekat dan jauh , rupanya ada segelintirnya mengambil kesempata diatas kelemahanku yang , lembut dan tak tegas , buat baik tak kira diri,... kurenung anak-anaku yan bergelar yatim... hakmu pun diambilnya... ya Allah jerit batinku ... ku hanya mampu merintih , merayu padaMu ... hanyalah bisikan hati kecilku menyusup disanubari.Allah Ada , Allah Ada. Allah tempat untuk merintih hatiku berkata-kata,.. ku tertunduk lesu... apapun terjadi ku hanya ada Allah tempatku meluahkan segalanya... ya Allah,... bertuahnya diri ini dikala kesedihan ini yang menyelubungi jiwa ini... tenang jiwa ini menyebut dengan mata hati nama Mu ya Allah.
YaALLAH KUSABAR LAGI YA ALLAH, SABAR, SABAR, ITU YANG MAMPU KUTITIPKAN...
Ya Allah padaMu jua ku merintih , ku redha ya Allah kau ujiku dengan ujian ini... tetekala harta kesayanganku menjadi semacam harta mereka... ya Allah... ku yakin Kau akan memberi yang lebih baik untukku...hatiku hanya mengharap pada Mu ya Allah ... ku pasrah...

Wednesday, 23 November 2011
NIKMATNYA LAPAR
Teringatku dulu-dulu...
Susah itu perit
senang itu manis
sebelum senang
susah dahulu
nyata nikmat selepas diuji
Air menjadi tempat diuji
ku minum air niatnya roti
ku minum air niatnya nasi
ku minum air niatnya kuih
Air untuk dahaga
Namun niatnya lain...
kenyang terasa...
asal je niat itu ada
peduli apa...
nilaian orang tak ke mana
asal diri tahu itu niatnya
yang penting Allah Maha Mengetahui
Akhirnya kenyang juga rasanya ...Air
Alhamdulillah...
Susah itu perit
senang itu manis
sebelum senang
susah dahulu
nyata nikmat selepas diuji
Air menjadi tempat diuji
ku minum air niatnya roti
ku minum air niatnya nasi
ku minum air niatnya kuih
Air untuk dahaga
Namun niatnya lain...
kenyang terasa...
asal je niat itu ada
peduli apa...
nilaian orang tak ke mana
asal diri tahu itu niatnya
yang penting Allah Maha Mengetahui
Akhirnya kenyang juga rasanya ...Air
Alhamdulillah...
HARTA KU BUKAN MILIK KU
Harta ku , Anak-anaku
Anak-anaku hartaku
tapi bukan milikku
Hartaku miliNya
Pinjaman di beri seketika cuma
bukan milikku ...
Jasadku bukan ku punya...
ku lihat jariku bukan ku punya
cantik milikNya
Anak-anaku hartaku
tapi bukan milikku
Hartaku miliNya
Pinjaman di beri seketika cuma
bukan milikku ...
Jasadku bukan ku punya...
ku lihat jariku bukan ku punya
cantik milikNya
Subscribe to:
Posts (Atom)