Wednesday, 20 November 2019

Bisanya Ucapan Itu

Ku terkedu, apabila mendengar luahan seorang yang dikira alim dalam bidang agama.Ku selami kata-katanya yang amat menghiris dan tajam sekali sehingga sedikit sebanyak menganggu situasi ketenangan yang baru ku kumpulkan untuk mengharungi peperiksaan ... "kalau beginilah sikap guru-guru ..saya tak akan reda dn tak akan bergurukan anak-anak saya pada guru seperti ini..." . kata kata ini amat menghiris jantungku walaupun kesalahan tidakku lakukan .Disebabkan ada beberapa guru yg bergelar ustazah memakai tudung jarang dan singkat. Beginikah caranya sebagai Dai untuk menyampaikan apa yang sepatutnya disampaikan. Aku terkebil-kebil biji mata ku tenung diriku .. alangkah kerdilnya diri ini .. kalau ya pun nak sampaikan kepada yang melakukan kesalahan . bukan nya sesuai pada masa saat pelajar nak masuk dewan peperiksaan. yang pastinya ku yang pakai tudung labuh pun terkena juga disebabkan lewat masuk dewan. Htiku berkata-kata ..."ya Allah diriku bukanlah apa seperti yang diucapkan itu .. ku mencurahkan ilmu bukanlah kerana mencari redha manusia tapi mencari reda Allah.
         Sudah lapan belas tahun ku mencurahkan ilmu pada anak-anak didikku.. sedarkah orang yang memberi ucapan itu dihadapannya ada yang telah lama veteran katakan mahasistua ini sama lah juga ...perjuangan amal makruf nahi mungkar... tapi diriku sendiri tak rela dan reda kalau anak didik melakukan diluar batasan syariat .. hati menjadi sayu , sedih dan pilu . apakah ilmu yang diajar , dicurahkan selama ini satupun tak tersangkut dan tak terlekat .. dimana perginya hijab.. dimana tuturkata yang sopan, dimana kelembutan bahasa.. semua hilang begitu sahaja.. ku sebagai pendidik , seperti mengasuh lagaknya tak akan keluar dari lidah ini perkataan kotor utk anak-anak didikku.. ku tahu bahawa ucapan itu sebagai doa.. ku tak cakap dan ucap sebab diriku sendiri akan panas apabila mendengar ucapan yang tak sepatutnya diucap sebagai seorang guru...ku renungi lagi...
        Patutlah anak-anak didik sekarang bahasanya Ya Allah amat-amat kritikal penggunaannya... ucapannya tak sanggup nak dengar ... tapi masih ada yang sopan ... kuperhati satu persatu kalau yang sopan , tertib tingkahlakunya taklain tak bukan ianya datang dari keluarga yang harmoni, hidup aman sentosa. Mahabbah dalam keluarga sentiasa hidup..solat berjamaah, makan berjamaah , saling hormat menghormati...sejuk hati apabila terpandang wajah-wajah  keluarga sebegini.Apabila ku nak didik anak muridku dengan akhlak yang baik. maka sebaiknya diriku dulu kudidik .. ku sentiasa ingatkan diriku tidak sesekali melontarkan kata-kata yang kasar pada mereka... ku mohon pada Mu YaAllah jagalah diri ini jauhilah sikap mazmumah ... sesungguhnya amanah yang diberikan padaku ini amat berat orang akan melihat dan ikut apa yang kita cakap dan apa yang kita buat...
   

No comments:

Post a Comment