Saturday, 16 March 2013

KETENANGANKU DISINI...

Ruti harianku dilalui dengan penuh semangat, walaupun tugasan demi tugasan kena siapkan... hari ini ku dikejutkan dengan kehadiran bekas muridku yang lama tak ketemu.. tiba-tiba je rasa sebak,
Kenangan 2007 mengimbau kembali...
  "Ustazah nak minta tolong boleh tak?".. ku jawab boleh je... Insya Allah ... nak duit rm5.00 boleh tak? hah nak buat apa dengan duit tu... tanyaku... adaleh... ok bagitau betul-betul dengan ustazah kataku... ala... nak beli bahan projek  untuk pendidikan seni.. oh ..jawabku...tunggu... tau... ku bergegas ke pejabat mengambil wang tersebut... dan menyerahkan padanya... dengan muka yang penuh ceria, peluh didahi , lencun bajunya ku tengok , kayuh basikal  bukan main laju lagi....
    Sedar tak sedar masa berlalu sekejap sahaja, pada suatu petang, selesai kelas sesi petang,  ku dikejutkan dengan suatu suara, Assalamualaikum ustazah?... Waalaikumussalam ku menoleh Ei awak ... dah besar panjang rupanya .. jelita lagi ada... muridku tersipu malu... Em apa khabar? Alhamdulillah... sihat katanye sambil menghulurkan padaku sekeping not rm5. 00 . ku terkejut apa ni?.. Ala ustazah jangan lah buat-buat lupa ingat tak dulu-dulu masa saya darjah lima minta duit dengan ustazah? Ku tergelak besar sambil menyebut namanya... sayang anak muridku anakku sayang... em... tak perlu ganti... ustazah dah bagi.. ikhlas menolong... kan muridku anakku sayang ku ulang kataku itu... tanpa ku sedari muridku ... menyapu titisan jernih dipipinya.. lantas ku bertanya .. kenapa ni... Em jawabnya Allah sahajalah yang membalas budi baik ustazah selama ni... aku terharu mendengarnya...lantas ku peluknya... dan ku katakan padanya... "Tak bernilai wang ringgit berbanding dengan kasih sayang seorang guru untuk anak didiknya... ingatlah ...ustazah nak anak ustazah ni berjaya dunia akhirat je... tak nak minta apa-apa pun yang penting gembira anak didik ustazah gembiralah ustazah , berjaya anak didik ustazah berjayalah ustazah... dia mengangguk sambil menyapu kelopak mata yang digenangi titisan jernih... ku berdoa dalam hati... Ya Allah ya Tuhan ku, jadikanlah anak didik ku anak yang Solihah... berjaya di dunia Akhirat....































































































    

No comments:

Post a Comment